Friday, September 16, 2016

Catering; 3 TIP ADAB KE MAJLIS PERKAHWINAN

3 Tips Adab ke Majlis Perkahwinan
======================================

Hari sabtu dan Ahad
Cuti sekolah pulak tu .. biasanya cuti sekolah je banyak la jemputan majlis perkahwinan ... wajib kita hadir atas jemputan tau ...

Just nak sharing lah kita sebagai tetamu kene lah beradab ke majlis .. nampak simple tapi kita mudah ambil lewa sebenarnya ... pesan utk diri sendiri dan kawan2 ..

[BERJUMPA DENGAN TUAN RUMAH TERLEBIH DAHULU ]
======================================
Pertama sekali bila tiba di majlis kenduri, seharusnya kita berjumpa dahulu dengan tuan rumah. Bermesra sekadarnya. Ucapkan tahniah. Jika ramai tetamu beratur belakang kita, cukup kita bermesra dengan tuan rumah seketika sahaja.

Hulurkan hadiah jika kita ada bawa bersama.
Besar fadilatnya kita meraikan dan menggembirakan orang lain.

======================================
JANGAN MEMBAZIR
======================================
Zaman sekarang kebanyakan kenduri buat buffet.Jangan tengok 10 macam lauk, semua dia nak Ambik. Nasi bertimbun letak. Lepas tu makan tak habis.

Sepatutnya kita letak  sikit dulu. Nanti tak cukup, tambah lagi. Tuan kenduri tak cas lebih pun kalau beratur kali kedua. Fikirlah ada orang yang makan tak semewah kita. Kita ni selalu membazir. Yelah kan makan FREE. Makan FREE bukan bermakna boleh dibazirkan.

======================================
MAKAN TANPA BERLENGAH
======================================
Waktu kemuncak kenduri, biasanya orang berpusu-pusu. Dan kadang-kadang ramai yang tiada tempat duduk.

Jadi bila makan, perhatikan sekeliling, adakah ramai yang tercari-cari tempat duduk. Jika jawapannya YA, habiskan makanan dengan cepat. Tak perlu bersembang lama-lama. Atau teruskan bersembang di tepi-tepian untuk berikan kerusi-meja kepada tetamu yang baru sampai. Kesian abam Emcee nak announnce SILA BANGUN !!!!

Sekadar berkongsi
Tips peringatan ke majlis

#hotcatering #jomshare #sehatisejiwa

No comments:

Post a Comment