Friday, September 16, 2016

Catering; Pakej katering Murah


[ Panduan Pemilihan katerer]

Majlis keraian tidak dapat di pisahkan dengan juadah @ santapan untuk di sajikan kepada para tetamu yang bakal hadir memeriahkan majlis.Tidak kira lah samaada majlis Doa Selamat, Makan Malam, Seminar, Perkahwinan ataupun sebarang Majlis keraian  tentu saja dalam acara majlis ini, kepuasan dari seluruh tetamu undangan merupakan pencapaian utama yang menjadi parameter kelancaran dari keseluruhan acara majlis. Banyak faktor yang menentukan kelancaran dalam mengadakan sebuah majlis, dan salah satunya adalah katering

Food testing
Jangan malas melakukan “food testing” menu makanan yang akan dipesan. Pastikan menu yang dipesan memang sesuai dengan yang diinginkan dan Rasailah Keenakanya. Pastikan Makanan @ test food sama rasa dengan apa yang di terima kelak.

Pilihan menu
Jangan lupa untuk memikirkan kemungkinan tetamu yang datang. Misalnya sediakan menu yang boleh dimakan oleh kanak-kanak. Jika tetamu ada yang vegetarian, jangan lupa sediakan menu untuk mereka. Carilah rujukan sebanyak mungkin.

Tema majlis
Tentukan tema majlis terlebih dahulu samada “buffet” atau “serving Dome”. Tema majlis sangat penting untuk menentukan menu dan jumlah makanan yang dipesan.

Berbelanja ikut budget
Pembiayaan catering majlis perkahwinan ini ditentukan oleh jumlah tetamu undangan, jumlah jenis makanan dan minuman yang dipilih, dan bagaimana hidangan itu akan disajikan.
Sehubungan itu, kualiti, kebolehpercayaan, serta kemampuan pengusaha-pengusaha hendaklah dinilai sepenuhnya, bukan sahaja terletak pada harga murah sahaja tetapi kualiti dan kuantiti setiap produk yang dijual atau diberi.

Kecantikan dan kesempurnaan majlis perkahwinan selalunya menjadi buah mulut tetamu apabila hiasan dan persembahannya menarik serta kualiti dan kuantiti makanan yang memenuhi citarasa tetamu dan tuan rumah.

No comments:

Post a Comment