Monday, October 10, 2016

Wedding; TIPS BERGUNA PEMILIHAN KASUT PENGANTIN

TIPS BERGUNA PEMILIHAN KASUT PENGANTIN
.
.
1. KESELESAAN
Anda memakainya beberapa jam dengan pelbagai postur, duduk, berjalan, berdiri & sebagainya. Pastikan ia selesa dan tidak terlalu longgar atau ketat. Pentingkan keselesaan anda dahulu sebelum style
.

2. KESESUAIAN
Pilih atau beli kasut selepas anda memilih pakaian, ini bertujuan supaya anda mendapatkan keseuaian dengan rekaan pakaian pengantin. Begitu juga faktok persekitaran majlis.
.

3. KETINGGIAN
Ketinggian tumit dan kelebaran tumit kasut juga memainkan peranan penting untuk tetap memberikan postur badan yang menarik. Ketingginan pasangan juga perlu di fikirkan bagi menampakan keserasian anda.
.

4. WARNA
Tidak semestinya tona kasut perlu sama dengan busana pengantin anda, pemilihan kasut yang bersesuian adalah warna kasut tidak terlalu kontra dan memesongkan perhatian mata tetamu yang memerhatikan anda.
.

5. REKA BENTUK
Jika pakaian anda sedikit pendek, pilih lah kasut yang mempunyai ‘Ankle Straps’. Ini akan membuatkan kaki anda kelihatan panjang. Jika pakaian ande jenis panjang elakkan memilih reka bentuk kasut yang terlalu ‘Complicated’. Hal ni akan menghadkan pergerakan anda.
.

6. KASUT KEDUA
‘Sediakan kasut kedua’ sebagai persediaan untuk pelbagai kemungkinan. Bawa lah sandal atau selipar semasa outdoor untuk memudahkan pergerakan anda.

No comments:

Post a Comment