Borang Pertanyaan ,Tempahan Dan Komen

Name:
No Tel:
Email Address:
Dari mana anda mengetahui tentang sericempaka
pertanyaan mengenai
Lokasi Majlis:
Tarikh Majlis:
BERAPAKAH BUDGET ANDA?
Soalan:

This online form was provided by Freedback.

Thursday, September 21, 2017

Salam Maal Hijrah 1439h

Assalamualaikum,
Hari ini merupakan hari yang TERAKHIR dalam tahun 1438 H...
SELAMAT DATANG 1439 H 

Dengan segala Kerendahan hati, pada hari terakhir tahun 1438 H,
Kami  MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN pada semua atas salah dan silap di sepanjang tahun 1438 H.

Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam 1439 H pada hari Jumaat 22 September 2017  akan memberi sinar baru, HIJRAH dalam diri kita semua menuju kebaikan. Semoga kita sentiasa dalam lindungan, rahmat, dan Redha Allah.  Dan semoga dalam setiap langkah ikhtiar kita di Tahun 
1439 H...
Kita akan mendapat kelimpahan, keluasan dan keberkahan rezeki untuk bekal dalam kita beribadah di jalan Allah, dengan suasana yang tenang dan damai dalam kehidupan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1439

Wassalam



Friday, September 1, 2017

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 60 & Salam Aidiladha

Kami  warga kerja Hot Catering mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 60 Negaraku Malaysia Sehati Sejiwa dan bagi umat islam Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha .
.
.
Hati hati di jalan raya semoga perjalanan pergi dan balik anda di berkati di rahmati dan selamat sampai ke destinasi yang di tujui.

Salam Sayang Dari Kami
Hot Catering & Event
Rakan Katering & Majlis Anda

Saturday, August 12, 2017

Pakej Katering Dewan 2017

Ramai yang tercari cari pakej katering dewan 2017 ini. ade yang dah ade dewan tapi tak ada katering. ade yang dah ade katering tapi tak ade dewan.
.
.
macam macam kan. jika kita tidak merancang  awal majlis kita pasti kelam kabut di saat akhir.  jika ada wedding planner lain la kan. serah kan pada mereka. tapi kalau diri sendiri yang plan Haruslah merancang awal.

Hot Catering pasti ada jawapan permasalah di atas . kami ada dewan kami ada katering  

lokasi kami di The Club Bukit Utama Bandar Utama Petaling Jaya .
Hubungi Team Sale kami

03 7733 6339 - office
012 364 6039 - Hizwan
012 378 6039 - Midi
013 366 6039 - Khairul

Friday, August 11, 2017

Pak Engku Meninggal Dunia

Salam Takziah Diucapkan kepada Keluarga Pak Engku atas pemergian Kerahmatullah Malam Tadi

Selebriti Chef popular, Datuk Raja Rosly Raja Mazlan, 58, meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam kerana penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

Harian Metro melaporkan, Raja Rosly yang juga dikenali sebagai Pak Engku meninggal dunia pada jam 9.10 malam tadi.

Pak Engku yang pernah merakamkan dua album, dimasukkan ke hospital itu dua hari lalu dan keadaanya kritikal jam 7 malam tadi.

Difahamkan, jenazah kini dibawa ke rumahnya di Shah Alam dan akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, esok pagi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isteri, Datin Ramziah Samah dan tiga anak-anaknya.

Pak Engku yang juga pemilik Kuzie Catering Sdn Bhd, menjadi pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak setiap tahun untuk Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana menyediakan juadah untuk 20,000 tetamu.

Kuzie Catering juga menjadi pilihan pihak istana dan juga kalangan kenamaan untuk majlis perkahwinan dan rumah terbuka.

Kuzie Catering menjadi pilihan pihak istana dan juga orang kenamaan untuk majlis perkahwinan serta rumah terbuka. Selain itu servis katering itu juga pernah digunakan oleh selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani, Irma Hasmie serta Awal Ashaari turut menggunakan khidmat katering Pak Engku.

Sumber: Harian Metro

Saturday, August 5, 2017

Hot Catering @ Bernama TV





Hot Catering di Bernama Tv . Jom saksikan.

Apa kata Selebriti mengenai Buffet Ramadhan @ The Club Bukit Utama





Testimonial Dari selebriti terkenal mengenai Hidangan yang di sediakan oleh Hot Catering & Event .

Jom dengan Apa Kata JannaNick , Che Ta, dan ramai lagi ..

Friday, August 4, 2017

Wedding Venue; Pakej Perkahwinan Di The Club Bukit Utama


Pakej Perkahwinan Di Kelab Golf Bandar Utama. Tawaran istimewa Untuk 20 Bakal pengantin yang Bertuah
.
Isu paling besar bila tarikh kahwin dah dekat tapi masih tercari cari lagi lokasi perkahwinan. Mesti pening kepala bila call semua dewan dah penuh dan takda tarikh yang kosong ... ermmmm sedihhnya.
.
.
Admin nak bagi tips skit ciri ciri dewan yang perlu di ambilkira untuk majlis perkahwinan kita nanti
.
.
 Lokasi perlulah strategik memudahkan para tetamu untuk hadir
 Parking yang banyak dan selamat
 Kapasiti dewan tersebut sesuai tak dengan jemputan kita nanti
 Pakej yang sesuai dengan budget dan Makanan pula bagaimana? adakah inhouse katerer atau perlu cari di luar.
 Fasiliti yang di sediakan seperti tandas. lift. surau. dan lain lain lagi.
.
.
Sebenarnya banyak faktor lagi yang menentukan kelancaran majlis kita jika kita betul betul merancang majlis kita itu. pilihlah wedding planner / wedding organizer / katerer yang baik dan mempunyai kepakaran dan mengendalikan majlis kita nanti.
The Club Bukit Utama Destinasi Majlis Eksklusif Anda
.
.
Apa yang kami tawarkan
 Pakej Lengkap Perkahwinan
 Inhouse FnB Team dengan Sajian yang sangat menyelerakan
 Dewan yang Eksklusif Ballroom dan Funtion Room

Tawaran istimewa Untuk 20 Bakal pengantin yang Bertuah .
=====================
 Rebate Sehingga Rm 2000 untuk pakej Eksklusif kami atau 10gm Emas atau Pakej Honeymoon 4H 3M Ke Bali Indonesia . Pilih Mana yang mana satu yer..

Dimana kami ? 
The Club @ Bukit Utama
Persiaran Surian, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor


Tuesday, July 25, 2017

Rumah Terbuka Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat (KPWKM)







Rumah Terbuka kementerian Pembangunan Wanita , Masyarakat & Keluarga Pada 5 Julai 2017 berlangsung dengan meriahnya. Saksikan Video kemeriahan sambutan rumah terbuka ini yang di kendalikan oleh Hot Catering & Event

Friday, June 23, 2017

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Selamat Bercuti!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kepada Pelanggan Yang Dikasihi,

Kami dengan penuh rasa sukacitanya ingin menyampaikan penghargaan kami kepada anda pelanggan yang dikasihi atas sokongan berterusan 
yang diberikan sepanjang tahun lalu. Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan dan rakan-rakan serta keluarga tercinta. 

Semoga bulan suci ini menjadikan hubungan rakan-rakan dan keluarga anda semakin erat. Pada hari yang diberkati ini, kami juga ingin memohon keampunan terhadap sebarang salah laku yang mungkin kami lakukan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebarang kekurangan amat kami kesali. 

Dan kepada semua rakyat Malaysia, kami ingin mengucapkan  "Selamat bercuti". :)

Nikmati Hari Raya anda sepenuhnya dengan orang yang tersayang.Semoga selamat sampai ke kampung halaman. 

Terima Kasih Kerana Bersama Kami.

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada :
Team Hot Catering & Event
The Club Bukit Utama

Tuesday, June 13, 2017

Pakej Katering Rumah Terbuka Hari Raya / Katering Open House Aidilfitri

Pakej Katering Rumah Terbuka Hari Raya Di The Club Bukit Utama. Destinasi Majlis Anda. Pihak Kami Menyediakan Lokasi Yang Sungguh Cantik , Dewan Yang Eksklusif Untuk Syarikat , Badan Badan NGO . Boleh Datang & Lihat Suasana dan lokasi kami. 

========================================================


Sunday, May 28, 2017

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

                                                                                                                     
Kami Dari Team Hot Catering Mengucapkan
“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh mahrifah


Khas Buat Anda 
Dikesempata ini kami ingin menawarkan Harga tak masuk akal khas untuk 31 Mei 2017 . 


Harga Tak Masuk Akal. 
Rm45/pax ..

Hanya untuk 31hb mei Sahaja Khas Buat Anda Semua .. Ya Rm Rm 45 shj. Harga Asal 79/pax ..
.

.
Jom buka puasa @ the club bukit utama dengan 60 hidangan dihidangkann... menjadi kegilaan para pelanggan kami dengan Kambing Golek Hot !!! 
.
.

Esok dah puasa, selalunya golongan ibu2 ni mesti dah plan macam2 kan? Menu2 berbuka, menu sahur & nak berbuka dekat mana. 
.
.
Jom Berbuka dgn suasana yg santai tepi kolam sambil layan busker. Ada 17 gerai & ada kambing golek lagi! 
.
.
So ajak pakcik makcik, jiran anda semua. Lagi ramai lagi best. 
.
Tempat Amat Terhad! Untuk tempahan segera boleh Booking di link ini segera 
.
.
.
.
Moga Ramadan ini memberi 1001 keberkatan untuk anda semua.




Tuesday, May 23, 2017

Pakej Perkahwinan 2017 @ The Club Bukit Utama

Berlangsung penuh beradat di The Club Bukit Utama. Dari Akad Nikah Sehingga Resepsi Buat Pasangan  Luqman & Isteri
..
..

















Dinner @ Kolej Tun Syed Nasir UKM KL

Tarikh : 20 Mei 2017
Lokasi : Kolej Tun Syed Nasir UKM KL
Bil Pax : 1000pax

Menu Pilihan
Menu Utama Dan 6 Stall Pilihan

Nasi Beriani
Ayam Masak Merah
Ikan Dory Sweet Sour
Dalca Sayur
Papadom
Air Kordial
Buah
Pudding Karamel

Stall 1
Ayam Golek
Kambing Golek

Stall 2
Sate Ayam
Sate Daging

Stall 3
Ais Cream Goyang

Stall 4
Roti Canai
Roti Nan
Capati
Tosei

Stall 5
Gula Kapas

Stall 6
AbC
Cendol


Bertemakan Bollywood menjadi Pilihan Mereka. Gambar Sekitar Majlis,