Wednesday, September 19, 2018

Colosseum Event Space Tarikan Baru Di Shah Alam Untuk Majlis Perkahwinan


Colosseum Event Space Glenmarie , Shah Alam Tarikan Baru Untuk Majlis Perkahwinan



Nama tempat ni adalah Colosseum Event Space. Terletak di Glenmarie Shah Alam. Apa yang menariknya pada Colosseum ni adalah design nya yang rustic dan stylo. Selalunya orang akan buat majlis di ballroom, dewan bandaraya, homestay, garden , dan lokasi lokasi lain tapi ape yang berbeza dengan tempat lain adlah dari segi binaan nya.. berkonsepkan kabin!! sangat sangat luar biasa sebenarnya disini.



Kemudahan Dewan Acara

Dewan besar majlis nya boleh memuatkan sehingga 150 orang di dalam dewan. Panel pintu kaca nya pula boleh di buka dan mereka juga menyediakan kemah di luar. Sebagai contoh, kalau majlis perkahwinan yang besar, panel pintu kaca dewan boleh dibuka dan mereka akan sediakan kemah yang cantik untuk menempatkan tetamu . Kapasiti di colosseum ini dari serendah 50pax sehinggalah 1000pax bergantung kepada jumlah kanopi atau marquee Tent yang di sediakan.


BILIK PENGINAPAN
Colosseum turut menyediakan bilik penginapan dalam kawasan nya. Mudahkan jika kita nak buat majlis disini tak perlu penin penin kepala nak sewa hotel atau homestay, mereka juga menyediakan bilik untuk korang bermalam dan bersiap disini. 

KEMUDAHAN KEMUDAHAN LAIN YANG DISEDIAKAN
surau
Tidak lengkap la kan lokasi seperti ini tidak dilengkapi bilik solat. Colosseum Event Space menyediakan ruang solat yang selesa untuk para tetamu solat semasa hadir ke majlis kawan kawan mereka. Jangan buat pasalkan dunia dunia jugak !!! akhirat jangan dilupakan tau... (pesan utk diri penulis) ;)


Bilik vip 
Aaahaa ... yang ni mesti korang x percayakan ..tempat macam ni ade bilik VIP tau. yerlah mana pulak nak di letakkan vip vip kita nikan jika mereka sampai awal, boleh la tempatkan mereka disini untuk istirehat dan menjaga privasi meraka.

JOM KITA TERJAH PULA MAJLIS PERKAHWINAN DI SINI







Seronokan jika buat majlis disini, santai santai gitukan. Lokasi ini sangat strategik sebenarnya. jika korang perlu lalu federal highway di tol batu 3 shah alam yang dah diruntuhkan tu pasti korang akan nampak di sebelah kiri korang ( shah alam- KL )
Jika inginkan kelainan kat majlis korang nanti so bolehlah hubungi team kami untuk kami perkenalkan lokasi ini untuk majlis korang nanti ya. Ape ape roger je kitorang ye . Nak tau pasal harga pakej nya boleh direct wassap ya.