Thursday, September 19, 2019

7 Tips Ke Pameran Pengantin


7# TIPS KE PAMERAN PENGANTIN  #
==============================
Pameran pengantin adalah pusat dimana tempat korang nak cari pakej perkahwinan atau apa ape berkaitan perkahwinan. Selalunya di adakan setiap bulan oleh vendor vendor  berkaitan perkahwinan . Kebiasaannya di adakan selama 3 hari bermula JUMAAT – SABTU . Di sini Abam kongsikansedikit tips tips  ke pameran pengantin . 



1. Pastikan Bajet Anda
Aaahaaa… yang ni best nak kahwin tapi tak tahu budget !!!  now zaman google dekk , google aje pakej pakej yang ada dan tengok harga pasaran . Telitikan betul betul now banyak jer harga harga meroyan ade yang full pakej 10++ ade yang  14++ ade yang 20k ++ ade yang 25++ ade yang 30k ++  dan sebagainya.  Pastikan korang tak tertipu dengan pakej pakej ni ya,, mentang2 korang dah servey tetibe je letak budget begitu kan…  Pasal budget  ni “Senang kata Ukur baju di badan sendiri dek ya “ !!



2. Pergi Sana Nak Cari Ape ?
Pergi window shopping   ke dek ???  korang kene tahu lah ape tujuan korang nak pergi sana sebabnye kat sana ade macam macam nanti korang jumpa . Ada wedding planner, butik pengantin, catering, kek perkahwinan, aiskrim, kad kahwin, photography,  event space nya, macam macam lah .. hati hati scammer pun ade kadang kadang tu…  AAA korang kene rancang dulu ni  nak buat ape sebenarnya p sana ??? adakah korang nak p sana ambik FULL PAKEJ atau nak CUSTOM PAKEJ  maknanya nak cari satu satu . Rancang dulu yer Dekk jangan buang  Masa!!




3. Buatlah Kajian Pasal Syarikat
Buatlah kajian terlebih dahulu ya dek , selalunya event organizer ni dah war-warkan dah pun dalm web mereka siapa pempamer pempamer yang akan berada di pameran ini ,so korang kene lah bijak kaji selidik lah dahulu syarikat2 ini supaya korang boleh targetedkan sasaran korang ke berebarapa pempamer sahaja , tak perlu buang masa dek.. ade beratus dek  pempamer nak p satu satu Tanya letih…. So aim dahulu syarikat mereka dan serveylah di Fb , website, Ig , Youtube dan ape ape lah media social yang ada yer.. Jangan TERPEDAYA DENGAN JANJI MANIS !!!





4. Jiwa Kene Kental Bro & Sis
Haaaa … yang ni best hati tak kental pasti  merana jika tersalah pilih vendor dekk!! That y  kene servey dahulu vendor vendor yang ade kat  sana. Selalunya yang  paling tak suka event camni bila event organizer tak tapis harga . so maka adalah persaingan yang tidak sihat berlaku. Ada vendor –vendor ytang buang harga demi untuk mendapatkan  orang  seperti  adek adek sekalian ni tau.  Promote giler giler dan makan bulan dan bintang akan di janjikan tau . so pastikan Hari pertama tu p servey2 dahulu dan hari ke 2 or ke ke3 mai bawak mak ayah or orang yang jaga korang  supaya mereka tahu siapakah vendor2 yang korang pilih ni. Mak ayah / tuan rumah la yer mereka akan pentingkan kualiti makanan & lokasi majlis Tapi korang pasti nak kan yang cantik terlebih dahulu kan…. Apa guna Dekorasi cantikkk tapi makanan ke laut dekkk !!  Hokeyyy jiwa Kena Kental yer dekk !!



5. Pergi Awal Ler Sikit
Kenapa perlu pergi awal ???? korang tau tak event2  camni  waktu puncaknya  jam  ke atas time tu lah korang nak cari parking nya pastu sesak2 lak dengan orang lain. So waktu terbaik pergilah di awal waktu . korang boleh tanye puas puas ape korang nak tanye . Jangan menyesal lak orang sesak sesak korang pun tak selesa nanti . Awas !!! Jiwa kene Kental dekkk dengan tawaran menarik !!





6. Tanya & Tanya
So bila datang awal ade lah tempat untuk korang nak duduk dan Tanya Tanya lebih lebih pasal ape yang korang nak signup tu. Jika korang ambiil full package sudah semestinya banyak persoalan nya nak di Tanya .. Ingat Soalan soalan ini mestilah korang sediakan dahulu kat rumah ke maknanya sebelum lorang sampai kat sini. Jangan dah  kat sana baru terkial kial nak cari soalan. Yang bagusnya Sediakan Soalan ape ape je pasal pakej yang korang nak ambil tu.  Biar puas hati Tanya macam macam dan jangan lupa catitkan yang ape yang sales person tu cakap. Nanti susah pulak korang lupe !!!



7. Pastikan Ada Agreement - Takut Kene Tipu Pulak
Dan yang paling terakhir pabila dah tanye puas puas dan nekad nak ambik pakej tu . Tanyalah warranti !!! ape kalau korang ambik pakej dengan mereka ini. Pum pang pum pang janji sana janji sini tapi takde waranti pun tak guna juga kan. Bukan ape now ni banyak sangat kes kes yang tak sedap di dengari kan … Majlis dah  la sekali seumur hidup ermmmm bila tak sempurna mula lah nyesal . So Pastikan sebelum korang sign up pakej mereka ada Agrement hitam putih nya !! Pastikan Tidak terpedaya dengan Janji janji manis itu !!


Pergggg panjang gilerr nak baca celoteh ni. Takpe pilihan di tangan korang , baca point point nye pun dah cukup tau .  Inilah sedikit pengalaman Abam sepanjang 9 tahun penglibatan di dalam industry perkahwinan ini .Penulisan ini tiada kaitan yang hidup dan yang mati hanya nukilan peribadi abam sahaja. Tidak tuju kepada sesiapa pun ya…  Bukan nak kata abam bagus sangat tapi abam sentiasa memperbaiki mutu kerja abam dan senantiasa berdoa agar majlis yang di kendalikan berjalan dengan lancar dan teratur. Abam DOAkan  korang juga  semoga dipermudahkan segala urusan dan memilih vendor yang tepat untuk majlis korang . “ Kami tidak mengejar kuantiti tetapi kami senantiasa mencari KUALITI “


Akhir kalam Assalamualaikum
Psstt … 
Jika rasa perkongsian ini baguihhh share kan kandan tag rakan rakan anda!!


#tipskepameranpengantin
#pakejkahwin2020
#pakejperkahwinan2020
#zadaevent
#hotcatering