Tuesday, October 9, 2018

Pakej Lengkap Perkahwinan Di Monterez Golf & Country Club

Monterez Golf & Country Club adalah salah satu destinasi perkahwinan di selangor. Selain dari The Club Bukit Utama Golf Resort di damansara, destinasi perkahwinan RNN Catering & Event Management adalah di sini.

Kenapa Lokasi Ini ?
Lokasi Yang Strategik  - Mudah di akses melalui highway guthrie .

Panorama Yang Cantik -Panorama padang golf yang cantik dan jika ingin berkonsepkan "Wedding Pool" juga boleh buat di perkarangan swimming pool ini.

Parking Yang Banyak - Ruang parking yang banyak memudahkan para tetamu hadir ke sini.

Saya kongsikan sedikit gambar majlis perkahwinan di sini.









Pakej Perkahwinan Di Kolam renang ( Swimming {Pool}





Jom lihat pakej Pakej Kami Pula ya. 










BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN?

Hubungi HOTLINE kami di talian 0168734032 atau emailkan pertanyaan ke sales.rnncatering@gmail.com HARI INI..

...Pegawai pemasaran kami akan membantu anda untuk majlis ini...


Friday, October 5, 2018

Catering; Majlis Santapan Sempena Lawatan Diraja HRH Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom D.K

Majlis Santapan Sempena Lawatan Diraja HRH Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom D.K
.
Lokasi : Cyberjaya University College Of Medical Science
Tarikh : 3 October 2018
Menu :
Soup
Asparagus Soup With Salmon
Main Course
Braised Lamb Rack Served With Prunes & Raisin
Hasselback Potato & Blue Cheese Enriched With Special Sauces
Dessert
Cheese Cake With Strawberry Sauces
Pink Guava Juice
.
.














Alhamdulillah Semuanya berjalan dengan lancar.

Wednesday, October 3, 2018

Tragedi 6 Pegawai Bomba Lemas Di Lombong

Salam takziah dari kami #teamrnncatering buat keluarga 6 pegawai bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat malam tadi di puchong. Andalah wira negara!!

Innalillahiwainnailaihirojiun 

.إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ... آمِّيْن

Ya Allah ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, ampunilah kesalahan mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka.
Semoga roh mereka ditempatkan bersama hambaNya yg beriman...
Insya ALLAH...



Sunday, September 23, 2018

Butik Pengantin Terbaik Di Shah Alam Ryn's Avenue

Butik Perkahwinan Terbaik Di Shah Alam
Hai semua Bakal Bakal Pengantin....
Aaahaaaa ..Hari ni sempat luangkan masa bersama client Dan juga wedding planner a.k.a butik Pengantin Yang tersohor Di Shah Alam ini iaitu Ryn's Avenue .
.
.

Butik Ryn's Avenue menawarkan perkhidmatan pakej Perkahwinan & juga pakej lengkap PerkahwinanI2018/2019 dan kelengkapan perkahwinan seperti make-up, sewaan busana pengantin, tempahan pelamin, fotografi dan studio fotografi. Ryn's Avenue juga menerima tempahan pelbagai busana pengantin bagi bakal pengantin yang mengambil pakej perkahwinan dengan harga yang berpatutan.







kini Kami berkolaborasi untuk memberikan pakej Yang terbaik untuk anda Di sekitar Shah Alam.
.
.
Bakal Bakal Pengantin Yang Masih lagi tercari Cari pakej Perkahwinan boleh menghubungi Kami Dan Kami Akan bawa kalian kesini untuk melihat busana busana Dan dekorasi pelamin Yang anggun lagi terkini ..

Lokasi :
Ryns Avenue Wedding Planner
13B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Pertanyaan mengenai pakej bolehlah menghubungi pihak kami.


Wednesday, September 19, 2018

Colosseum Event Space Tarikan Baru Di Shah Alam Untuk Majlis Perkahwinan


Colosseum Event Space Glenmarie , Shah Alam Tarikan Baru Untuk Majlis Perkahwinan



Nama tempat ni adalah Colosseum Event Space. Terletak di Glenmarie Shah Alam. Apa yang menariknya pada Colosseum ni adalah design nya yang rustic dan stylo. Selalunya orang akan buat majlis di ballroom, dewan bandaraya, homestay, garden , dan lokasi lokasi lain tapi ape yang berbeza dengan tempat lain adlah dari segi binaan nya.. berkonsepkan kabin!! sangat sangat luar biasa sebenarnya disini.



Kemudahan Dewan Acara

Dewan besar majlis nya boleh memuatkan sehingga 150 orang di dalam dewan. Panel pintu kaca nya pula boleh di buka dan mereka juga menyediakan kemah di luar. Sebagai contoh, kalau majlis perkahwinan yang besar, panel pintu kaca dewan boleh dibuka dan mereka akan sediakan kemah yang cantik untuk menempatkan tetamu . Kapasiti di colosseum ini dari serendah 50pax sehinggalah 1000pax bergantung kepada jumlah kanopi atau marquee Tent yang di sediakan.


BILIK PENGINAPAN
Colosseum turut menyediakan bilik penginapan dalam kawasan nya. Mudahkan jika kita nak buat majlis disini tak perlu penin penin kepala nak sewa hotel atau homestay, mereka juga menyediakan bilik untuk korang bermalam dan bersiap disini. 

KEMUDAHAN KEMUDAHAN LAIN YANG DISEDIAKAN
surau
Tidak lengkap la kan lokasi seperti ini tidak dilengkapi bilik solat. Colosseum Event Space menyediakan ruang solat yang selesa untuk para tetamu solat semasa hadir ke majlis kawan kawan mereka. Jangan buat pasalkan dunia dunia jugak !!! akhirat jangan dilupakan tau... (pesan utk diri penulis) ;)


Bilik vip 
Aaahaa ... yang ni mesti korang x percayakan ..tempat macam ni ade bilik VIP tau. yerlah mana pulak nak di letakkan vip vip kita nikan jika mereka sampai awal, boleh la tempatkan mereka disini untuk istirehat dan menjaga privasi meraka.

JOM KITA TERJAH PULA MAJLIS PERKAHWINAN DI SINI







Seronokan jika buat majlis disini, santai santai gitukan. Lokasi ini sangat strategik sebenarnya. jika korang perlu lalu federal highway di tol batu 3 shah alam yang dah diruntuhkan tu pasti korang akan nampak di sebelah kiri korang ( shah alam- KL )
Jika inginkan kelainan kat majlis korang nanti so bolehlah hubungi team kami untuk kami perkenalkan lokasi ini untuk majlis korang nanti ya. Ape ape roger je kitorang ye . Nak tau pasal harga pakej nya boleh direct wassap ya.