Sunday, October 18, 2015

Ciri-Ciri Bakal Suami & Bakal Isteri Yang Dituntut Di Dalam Islam

PEMILIHAN CALON
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami
·        beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
·        bertanggungjawab terhadap semua benda
·        memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
·        berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
·        tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
·        rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri
·        beriman & solehah
·        rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
·        memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
·        menentukan mas kahwin yang rendah
·        wanita yang subur
·        berasal dari keturunan yang baik
·        bukan keturunan terdekat
·        tidak memandang harta semata-mata

Semua pasangan menginginkan sesebuah perkahwinan yang bahagia kekal dan di redhai Allah . Antara ciri ciri di atas perlulah di selidiki dan di ambil kira bagi mendapat kebahagian dunia dan Akhirat.

sumber

wiki/Perkahwinan_menurut_Islam


Friday, October 16, 2015

Katering: Pakej De'Gouffron Dewan Eksklusif

PROMOSI EARY BIRD De'Gouffron
Dewan perkahwinan eksklusif di Kota Damansara

Menu Pakej A

DEWAN EKSKLUSIF
4 meja VIP dengan “dome setting”
60 meja yang dihias berserta with “floral  enterpieces”
Pelamin Khas
Permaidani merah untuk mempelai berserta hiasan khas
600 kerusi chiavari dengan reben
Pintu gerbang yang dihias khas di pintu masuk
Permaidani rumput di dalam dewan
Dewan luas berhawa dingin
Busana pengantin LP termasuk aksesori
Makeup x 1

MENU KHAS MEJA PENGANTIN (12 PAX)
Nasi Beriani Basmathi
Ayam Panggang “Black Papper”
Ikan Siakap Masam Manis
Udang Seri Pengantin
Sotong Berempah
Pulut Kuning Berlauk
TelurBurung Puyuh Berhias
Pencuci Mulut Istimewa
Air Punch


MENU BUFFET (1000 Pax)
Nasi Beriani@ Nasi Hujan Panas@Nasi Minyak 80% (Beras Basmathi PUSA GOLD)
Nasi Putih (20%)
Ayam Goreng Berempah @ Ayam Masak Merah
Daging Masak Hitam @ Daging Kurma + Kentang
Dhalcha Sayur @ Rebung Masak Kari
Acar Rampai @ Acar Buah @ Acar Jelatah
Papedom
Buah Campur
Air Kordial
Air Mineral

“COFFEE CORNER” ( 300 pax)
Bubur Pemanis Mulut @2 Jenis Kuih
Teh Tarik
Kopi O


HADIAH ISTIMEWA
Kek 3 tingkat
Penginapan percuma di apartment al-Ghufran
Fotografi (album khas, DVD, dan sesi fotografi luar)


PILIHAN TAMBAHAN
Malay Traditional Dance (RM 2500 and above)
Gamelan (RM 3500)
Ghazal (RM 2500)
Live Band (RM 3500)
Kompang live (RM 700)

Tempah Sekarang
013 366 6039

#katering
#deGouffron
#malaywedding
#hotcatering



Monday, October 12, 2015

Tip Perkahwinan ; Pantang Larang Menjelang Hari Pernikahan

Orang Melayu terkenal dengan adat dan tatasusilanya yang tersendiri semenjak dari dahulu. Ada yang mungkin sukar untuk dilaksanakan pada masa kini kerana perubahan zaman dan kekangan yang ada. Tapi sebagai rujukan apa salahnya kita mengetahunya untuk panduan supaya ikatan perkahwinan yang bakal dibina itu berjaya kerana setiap pantang larang yang dikenakan mempunyai sebabnya tersendiri
1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling
2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir.
3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat.
4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang.
5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.
6. jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga.
7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah
8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.
9 Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.
10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.
11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan
12. Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.
13. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar.
SUMBER : Majalah Pengantin Ogos 2012
dan Ikahwin
http://www.ikahwin.my/blog/12-13-pantang-larang-sebelum-berkahwin