Seelok elok nya rancangkan lah perjumpaan dengan bakal mertua . Contoh nya Hari minggu ka, time raya ka, time kenduri kat rumah mereka ka.
Jangan Main Terjah Aje Tau !!
3 Tips Adab ke Majlis Perkahwinan
======================================
Hari sabtu dan Ahad
Cuti sekolah pulak tu .. biasanya cuti sekolah je banyak la jemputan majlis perkahwinan ... wajib kita hadir atas jemputan tau ...
Just nak sharing lah kita sebagai tetamu kene lah beradab ke majlis .. nampak simple tapi kita mudah ambil lewa sebenarnya ... pesan utk diri sendiri dan kawan2 ..
[BERJUMPA DENGAN TUAN RUMAH TERLEBIH DAHULU ]
======================================
Pertama sekali bila tiba di majlis kenduri, seharusnya kita berjumpa dahulu dengan tuan rumah. Bermesra sekadarnya. Ucapkan tahniah. Jika ramai tetamu beratur belakang kita, cukup kita bermesra dengan tuan rumah seketika sahaja.
Hulurkan hadiah jika kita ada bawa bersama.
Besar fadilatnya kita meraikan dan menggembirakan orang lain.
======================================
JANGAN MEMBAZIR
======================================
Zaman sekarang kebanyakan kenduri buat buffet.Jangan tengok 10 macam lauk, semua dia nak Ambik. Nasi bertimbun letak. Lepas tu makan tak habis.
Sepatutnya kita letak sikit dulu. Nanti tak cukup, tambah lagi. Tuan kenduri tak cas lebih pun kalau beratur kali kedua. Fikirlah ada orang yang makan tak semewah kita. Kita ni selalu membazir. Yelah kan makan FREE. Makan FREE bukan bermakna boleh dibazirkan.
======================================
MAKAN TANPA BERLENGAH
======================================
Waktu kemuncak kenduri, biasanya orang berpusu-pusu. Dan kadang-kadang ramai yang tiada tempat duduk.
Jadi bila makan, perhatikan sekeliling, adakah ramai yang tercari-cari tempat duduk. Jika jawapannya YA, habiskan makanan dengan cepat. Tak perlu bersembang lama-lama. Atau teruskan bersembang di tepi-tepian untuk berikan kerusi-meja kepada tetamu yang baru sampai. Kesian abam Emcee nak announnce SILA BANGUN !!!!
Sekadar berkongsi
Tips peringatan ke majlis
#hotcatering #jomshare #sehatisejiwa
Assalamualaikum ... Selamat Hari Wanita sedunia ... lama tidak update blog ini..
Pada 28.2.2016 yang lepas #hotcatering telah mengendalikan Majlis Perkahwinan di Bukit Kemuning Golf & Resort . Mungkin ramai di kalangan Bakal bakal pengantin tidak tahu lokasi ini ada dewan... kedudukan lokasi ini mudah dicari sebenarnya melalui Hiway KESAS
Perkongsian detik detik indah pengantin Alia & hafiz.
Majlis Resepsi Alia & Hafiz
28.2.2016
Bukit kemuning golf & Resort
Event cordinator
@hotcatering
Dekorasi
@syikinkadirwedding
Photographer
@matalensa_studio
Mc dan pa system
@mcazhani
Catering
@hotcatering
#kateringperkahwinan #islamicweddingconcept
#pakejkatering
#Katering
#jomkahwin
#bukitkemuninggolf&resort
#malaywedding
Panduan Pemilihan katerer
Majlis keraian tidak dapat di pisahkan dengan juadah @ santapan untuk di sajikan kepada para tetamu yang bakal hadir memeriahkan majlis.Tidak kira lah samaada majlis Doa Selamat, Makan Malam, Seminar, Perkahwinan ataupun sebarang Majlis keraian tentu saja dalam acara majlis ini, kepuasan dari seluruh tetamu undangan merupakan pencapaian utama yang menjadi parameter kelancaran dari keseluruhan acara majlis. Banyak faktor yang menentukan kelancaran dalam mengadakan sebuah majlis, dan salah satunya adalah katering
Food testing
Jangan malas melakukan “food testing” menu makanan yang akan dipesan. Pastikan menu yang dipesan memang sesuai dengan yang diinginkan dan Rasailah Keenakanya. Pastikan Makanan @ test food sama rasa dengan apa yang di terima kelak.
Dapatkan tips tips lain di website
www.hotcatering2u.com