Wednesday, September 28, 2016

Katering; Pakej Perkahwinan 2017

Pakej Perkahwinan 2016 /2017
The Club @ Bukit Utama Golf Resort Bandar Utama

Berita baik kepada bakal bakal pengantin semua , Dewan kami masih banyak kekosongan tarikh untuk majlis anda. Usah risau 2 dewan kami sediakan untuk anda yang telah siap sepenuhnya di renovasi.

💖💖💖  Kenapa The Club Bukit Utama Golf Resort?  💖💖💖
(y)  (y)  Dewan yang eksklusif dengan harga MURAH !!!
(y)  (y)  Pakej lengkap perkahwinan EKSKLUSIF
(y)  (y)  Ruang parking yang BANYAK dan SELAMAT
(y)  (y)  Lokasi yang STRATEGIK dan mudah di akses

Tempahan kami akan penuh bila bila masa sahaja . Jangan terlambat untuk datang ke lokasi kami untuk melihat sendiri ruang dan dewan eksklusif kami.

Untuk 10 tempahan ter awal rebat sehingga Rm1000 menanti Anda !!!

Galeri kami beroperasi
isnin - jumaat  9am- 5pm
sabtu 9am - 2pm
ahad - By Appoitment

Hubungi kami
013 366 6039 khairul
017 379 0654 Aini
012 364 6039 Freddi
016 665 6039 office

Friday, September 23, 2016

Katering ; katering @ The club Bukit utama Damansara

Tips : soalan 1#  Dari Bakal Pengantin :
Bagaimana menentukan kiraan jumlah pax untuk majlis perkahwinan

Diagnos dari saya : 
Adakah kamu  @  family kamu rajin ke majlis perkahwinan orang lain ?

Moral :
jika kita rajin ke majlis dan berjemaah dengan orang lain . InsyaAllah majlis kita akan meriah dengan tetamu

#sentap #hotcatering

Friday, September 16, 2016

Catering; 3 TIP ADAB KE MAJLIS PERKAHWINAN

3 Tips Adab ke Majlis Perkahwinan
======================================

Hari sabtu dan Ahad
Cuti sekolah pulak tu .. biasanya cuti sekolah je banyak la jemputan majlis perkahwinan ... wajib kita hadir atas jemputan tau ...

Just nak sharing lah kita sebagai tetamu kene lah beradab ke majlis .. nampak simple tapi kita mudah ambil lewa sebenarnya ... pesan utk diri sendiri dan kawan2 ..

[BERJUMPA DENGAN TUAN RUMAH TERLEBIH DAHULU ]
======================================
Pertama sekali bila tiba di majlis kenduri, seharusnya kita berjumpa dahulu dengan tuan rumah. Bermesra sekadarnya. Ucapkan tahniah. Jika ramai tetamu beratur belakang kita, cukup kita bermesra dengan tuan rumah seketika sahaja.

Hulurkan hadiah jika kita ada bawa bersama.
Besar fadilatnya kita meraikan dan menggembirakan orang lain.

======================================
JANGAN MEMBAZIR
======================================
Zaman sekarang kebanyakan kenduri buat buffet.Jangan tengok 10 macam lauk, semua dia nak Ambik. Nasi bertimbun letak. Lepas tu makan tak habis.

Sepatutnya kita letak  sikit dulu. Nanti tak cukup, tambah lagi. Tuan kenduri tak cas lebih pun kalau beratur kali kedua. Fikirlah ada orang yang makan tak semewah kita. Kita ni selalu membazir. Yelah kan makan FREE. Makan FREE bukan bermakna boleh dibazirkan.

======================================
MAKAN TANPA BERLENGAH
======================================
Waktu kemuncak kenduri, biasanya orang berpusu-pusu. Dan kadang-kadang ramai yang tiada tempat duduk.

Jadi bila makan, perhatikan sekeliling, adakah ramai yang tercari-cari tempat duduk. Jika jawapannya YA, habiskan makanan dengan cepat. Tak perlu bersembang lama-lama. Atau teruskan bersembang di tepi-tepian untuk berikan kerusi-meja kepada tetamu yang baru sampai. Kesian abam Emcee nak announnce SILA BANGUN !!!!

Sekadar berkongsi
Tips peringatan ke majlis

#hotcatering #jomshare #sehatisejiwa

Catering; Pakej katering Murah


[ Panduan Pemilihan katerer]

Majlis keraian tidak dapat di pisahkan dengan juadah @ santapan untuk di sajikan kepada para tetamu yang bakal hadir memeriahkan majlis.Tidak kira lah samaada majlis Doa Selamat, Makan Malam, Seminar, Perkahwinan ataupun sebarang Majlis keraian  tentu saja dalam acara majlis ini, kepuasan dari seluruh tetamu undangan merupakan pencapaian utama yang menjadi parameter kelancaran dari keseluruhan acara majlis. Banyak faktor yang menentukan kelancaran dalam mengadakan sebuah majlis, dan salah satunya adalah katering

Food testing
Jangan malas melakukan “food testing” menu makanan yang akan dipesan. Pastikan menu yang dipesan memang sesuai dengan yang diinginkan dan Rasailah Keenakanya. Pastikan Makanan @ test food sama rasa dengan apa yang di terima kelak.

Pilihan menu
Jangan lupa untuk memikirkan kemungkinan tetamu yang datang. Misalnya sediakan menu yang boleh dimakan oleh kanak-kanak. Jika tetamu ada yang vegetarian, jangan lupa sediakan menu untuk mereka. Carilah rujukan sebanyak mungkin.

Tema majlis
Tentukan tema majlis terlebih dahulu samada “buffet” atau “serving Dome”. Tema majlis sangat penting untuk menentukan menu dan jumlah makanan yang dipesan.

Berbelanja ikut budget
Pembiayaan catering majlis perkahwinan ini ditentukan oleh jumlah tetamu undangan, jumlah jenis makanan dan minuman yang dipilih, dan bagaimana hidangan itu akan disajikan.
Sehubungan itu, kualiti, kebolehpercayaan, serta kemampuan pengusaha-pengusaha hendaklah dinilai sepenuhnya, bukan sahaja terletak pada harga murah sahaja tetapi kualiti dan kuantiti setiap produk yang dijual atau diberi.

Kecantikan dan kesempurnaan majlis perkahwinan selalunya menjadi buah mulut tetamu apabila hiasan dan persembahannya menarik serta kualiti dan kuantiti makanan yang memenuhi citarasa tetamu dan tuan rumah.

Monday, September 5, 2016

CATERING ; PAKEJ DINNER


Hujung tahun ini mesti banyak syarikat yang mencari pakej pakej dinner untuk syarikat mereka. Tahun yang sungguh mencabar , banyak syarikat berhati hati dalam mengeluarkan budget dan peruntukkan di kala nilai ringgit merudum ... Apa boleh buat kan....

Buat julung julung kali nya Hot Catering & Event dengan kerjasama The Club @ Bukit Utama Golf Resort menyediakan pakej terbaik untuk syarikat syarikat yang ingin mengadakan Gala Dinner . Sudah semestinya tawaran ini sangat sangat Berpatutan ..

Antara fasiliti Yang terdapat di The club Bukit Utama

  • Dewan yang Exclusive memuatkan 500pax dalam satu satu masa 
  • Ruang pakir yang banyak dan Selamat 
  • Permandangan yang indah dan menarik seperti Kolam renang, padang golf 
  • Lokasi yang sangat strategik dan akses yang mudah 





PAKEJ PAKEJ DINNER YANG MENARIK DARI KAMI TERMASUK DEWAN




JIKA ANDA INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PAKEJ KAMI BOLEH MENGHUBUNGI PIHAK KAMI @ TERUS DATANG KE LOKASI KAMI .


Sunday, September 4, 2016

Tips Majlis Gala Dinner

Rancang Majlis Gala Dinner
Tips mudah jika anda adalah salah seorang team untuk menjayakan majlis untuk syarikat Anda:-

Tentukan lokasi Majlis
- lokasi majlis yang strategik
- fasiliti yang di sediakan
- ruang pakir yang banyak dan selesa
- tempat yang menarik dan bebas untuk melalukan aktiviti



Tema majlis
- tema yang unik dapat menentukan aktiviti, jenis hidangan, konsep permainan, persembahan
- tema klasik / tradisional , retro, bolliwood, arabian, dan sebagainya dan pastikan anda refer mereka ke butik yang menyediakan perkhidmatan sewaan aksesori ini bagi memudahkan mereka mengikut tema
- dengan adanya temamudah anda untuk memberi tahu kepada pihak dekorator mengikut tema yang di minta





Pemilihan makanan dan hidangan
- Pastikan lokasi tempat yang anda pilih mempunyai perkhidmatan Fnb sebaiknya bagi memastikan kualiti terjamin
- Menu yang di pilih mestilah mengikut tema yang telah di pilih . tanya kan kepada pihak katerer menu yang bersesuaian




Hanya sedikit perkongsian tips dari kami untuk Anda..
#kongsielmu #dinner #galadinner #catering #evenplanner