Tahun ke2 kami mengendalikan majlis sambutan hari raya untuk syarikat Fibrecomm Network , Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan sungguh meriah walaupun tetamu yang hadir melebihi ape yang di jangkakan , tempahan tahun ini di naikkan kepada 450pax tetapi kedatangan tetamunya mencecah 1000 orang .
Biasalakan "DurianRaya" sambutan nya memang luar biasa . so far Makan yang kami sajikan melebihi ape dari yang mereka order ,.,, siap boleh tapau lagi sorang sikit , ini sudah kami jangkakan...
Antara sajian Yang kami hidangkan
Stall 1
Nasi impit, kuah lodeh, sambal sotong, kuah kacang
Stall 2
Lemang, rendang ayam, rendang daging
Stall 3
Roti Jala, Kuah kari, Kuah Durian
Stall 4
Mee goreng, Kuey Teow Goreng ( side Dish dari luar)
Stall 5
Kuih Muih
side dish lain : Kambing golek , cendol, rojak ( order luar )
manakala Buah Buahan : Durian, manggis , rambutan. Longan pula di sediakan oleh Pihak Fama.
Overrall event seperti khemah pelayan stall pihak kami yang sediakan. Alhamdulillah gandingan semua pihak sangat baik .. sedikit perkongsian gambar gambar majlis ini.
No comments:
Post a Comment