Tuesday, June 5, 2018

Catering Rumah Terbuka; Tips Rumah Terbuka Aidilfitri

[ CATERING RUMAH TERBUKA ]
Tips Untuk Mengadakan Rumah Terbuka
.
Biarpun Ramadan masih ada lebih seminggu perlu dilalui, sudah ada di antara kita yang merancang menjemput rakan-rakan ke rumah terbuka.

Begitupun menganjurkan rumah terbuka bukan tugas mudah kerana banyak membabitkan kerja remeh-temeh yang perlu diambil kira agar majlis meriah dan berjalan lancar.

Antara perkara yang menjadi kerisauan tuan rumah apabila mengadakan rumah terbuka ialah kehabisan makanan sedangkan tetamu masih bertali arus.

Ada juga pengalaman di mana makanan berlebihan hingga berlaku pembaziran apabila tetamu yang dijangka akan hadir tidak muncul.

Terdapat juga keadaan di mana tuan rumah tidak menang tangan sehingga tidak sempat untuk beramah mesra dengan tetamu, sedangkan tujuan mengadakan rumah terbuka bagi merai dan mengeratkan silaturahim.

Segala kepincangan itu dapat dielakkan jika tuan rumah mempunyai perancangan yang betul daripada cara mengundang tetamu hinggalah kepada soal pemilihan masa dan menu yang sesuai.

Pensyarah Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Noraini Sidek, di dalam bukunya bertajuk Sajian Keraian Perancangan, Penyediaan dan Resipi terbitan Utusan Publication & Distributors (UPND) menyebut, perancangan yang rapi bukan sahaja dapat memudahkan kerja-kerja meraikan tetamu, ia juga akan memeriahkan suasana di mana sebagai tuan rumah mereka tidak akan terlalu sibuk di dapur.

Seeloknya jadilah tuan rumah yang agak tenang apabila bersama tetamu dan tidak kelihatan terlalu letih di majlis sendiri.

Berikut beberapa panduan untuk mengadakan rumah terbuka.

Hidangan Menarik
=========
Pilihan warna, tekstur dan cara persembahan hidangan juga penting kerana hidangan yang menarik bukan saja kelihatan enak tetapi dapat menyerikan lagi meja hidangan dan menceriakan tetamu yang hadir.

Bilangan Tetamu
========
Pastikan juga bilangan tetamu tidak terlalu ramai, berpadanan dengan ruang tamu dan jika ingin meraikan di luar, jumlah mereka hendaklah bersesuaian dengan keluasan kawasan rumah.

Senaraikan Barang Yang Perlu Sibelius
==========
Bagi memudahkan ke pasar pastikan membuat senarai barangan, jangan lepaskan peluang untuk membeli produk bermusim di mana ia disenaraikan sebagia jualan murah.

Pelbagaikan Menu
========
Gunakan kreativiti untuk mempelbagaikan menu dan kaedah penyediaan.

Makanan Ringan Untuk Kanak Kanak
=========
Sediakan stok makanan ringan seperti kacang goreng, keropok kentang dan coklat untuk kanak-kanak.

Minuman Ringan
=========
Simpan stok minuman ringan seperti minuman berkarbonat dan jus buah-buahan. Kesemuanya boleh dihidangkan secara berasingan atau boleh dicampur untuk membuat punch dan manisan.

Air Batu
=====
Sediakan bekalan air batu yang mencukupi. Aiskrim jika dicampur dengan jus buah- buahan atau dengan potongan buah-buahan boleh dijadikan manisan.

Hidangkan Kopi
======
Nikmatilah hidangan dalam suasana riang ria sambil berbual-bual. Tidak perlu tergopoh-gapah mencuri masa. Jika perlu hidangkan manisan dan kopi setengah jam selepas hidangan utama.

Rancangkan Menu Sihat
======
Jadilah hos yang mempunyai kesedaran tinggi dalam penjagaan kesihatan dengan mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Rancangkan menu dengan mempelbagikan sayur-sayuran, buah-buahan dan produk daripada kacang soya.

Opssss::
Jika anda inginkan katering Rumah Terbuka untuk Majlis anda hubungi pihak Kami

016 8734032 - Khairul Haizal Mansor

No comments:

Post a Comment